Penerbitan Rahsia (filem 1987)

Filem Rahsia diarah oleh pengarah Othman Hafsham pada 1987. Menurut Othman, kereta Proton Saga merah yang muncul dalam filem merupakan hasil tajaan PROTON. Walau bagaimanapun, Shukery Hashim (Hamdan) tidak mengetahui cara untuk memandu kerana tiada lesen memandu lalu terhempap ke pokok dan terpaksa ganti dengan kereta yang baharu.

Menurut Ayu Syuhara (Marina), beliau ditolak ke dalam laut di tepi pantai kerana pihak produksi ingin Marina lemas dalam laut tetapi beliau sendiri tidak mahu akibat takut dengan air. Mereka berpura-pura mengambil gambar dan mengira sehingga tiga. Salah seorang daripada mereka menolak Ayu ke dalam laut dan menjadikan sebagai babak lemas sebenar.

Menurut Othman lagi, Shamyl Othman pernah memberitahu beliau bahawa Shamyl ingin mengarahkan filem asal ini. Filem ini diberikan nafas baharu dengan tajuk yang sama iaitu Rahsia.[2]

"I'M GOING TO DIRECT YOUR OLD MOVIE, RAHSIA" - Shamyl Othman kepada ayahnya